BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 27, 2010

Panduan Kolam..

PENGIRAAN KELUASAN KOLAM

Sistem filterasi ni adalah proses pembuangan kotoran dalam kolam ikan termasuk taik ikan, makanan berlebihan, sampah dsbnya. kalau takde sistem filterasi ni, beberapa perkara akan berlaku kat kolam, mahupun pada ikan .

1. Kolam akan menjadi warna HULK (hijau ler tu!)

2. Parasit dan makhluk2/penyakit akan senang terbentuk dan senang nak jangkit pada ikan3. Air akan jadi kotor dan berBAU busuk yg mungkin menyebabkan ikan mati.

Aku ada baca yang ratio untuk filter dgn kolam adalah dalam 30%++ daripada jumlah isipadu kolam.

Contoh kalau kolam tu 1000gallon, maknakata filter tu kena mampu tapis/filter 300gallon air kolam tu.

Untuk kolam 4segi:PANJANG X LEBAR X DALAM X 7.5=.......GALLON (dalam ukuran kaki)

Untuk kolam berbentuk bulat :1/2 diameter X (22/7 @ 3.14) X dalam = .....GALLON.(dalam ukuran kaki) (pai)

Untuk kolam yang tak sama langsung,berlekuk2 :Ambil ukuran diameter terpanjang DAN guna formula utk kolam BULAT* DALAM = purata kedalaman maksudnya kalau ada tempat dalam dan cetek, ambil bacaan, campurkan kedua2 DAN bahagi 2 utk dapatkan anggaran DALAM.

Anda boleh convert ke liter kerana ada juga pump menggunakan kiraan liter tertera pada descriptionnnya.1 gallon = 3.78541178 liter

Maknakata, kalau kolam anda 400gallon400gallon X 3.78541178 liter = 1513 liter 1 gallon

* Penting utk tahu saiz KOLAM untuk pembelian PUMP dan sistem Filter

Monday, January 25, 2010

JENIS-JENIS TAMAN


Jenis-Jenis TamanTaman
di rumah anda mungkin
mempunyai beberapa
taman-taman kecil dengan
konsep-konsepnya yang
tersendiri. Pembentukan
konsep atau tema ini
dipengaruhi oleh ruang
yang digunakan.

Umpamanya ruang hadapan
atau front garden kebiasaannya akan diperagakan
dengan konsep-konsep yang menyerlah bagi
menampakkan kewujudan taman itu sendiri.
-
Antara jenis-jenis taman yang boleh anda pertimbangkan termasuklah :















  • Taman Melayu atau Nusantara
  • Taman Islamik
  • Taman Bali
  • Taman Inggeris
  • Taman Jepun
  • Taman Meditranean
  • Taman Organik
  • Taman Dapur (Kitchen garden)
  • Taman Rahsia (Secret garden)
  • Taman Herba (Herbal garden)
  • Taman Ulam-ulaman
  • Taman Bungaan
  • Taman Tropikal
  • Taman Buahan
  • Taman Sayuran
  • Taman Tenggelam (Sunken Garden)
  • Taman Thai

Taman-taman berasaskan koleksi tumbuhan seperti :

  • Taman Halia Taman Ros
  • Taman Bunga Raya
  • Taman Haruman





Friday, January 22, 2010

Yang kene tahu...


Gabungan lanskap lembut dan lanskap kejur menyempurnakan laman anda.
Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada.
Jika anda benar-benar mahu memperindahkan kediaman anda dengan ciptaan landskap sendiri, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu.
Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya.
Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.
Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.

Wednesday, January 20, 2010

laman


Ini rupe laman aku setahun dulu. Meja pun buat sendiri. Bajet. Kerusi pun gune batang kayu je.
Memang bajet....tapi ok kan?

Projek Ahad (24/1/10)





Lantai ni aku buat hari Ahad.

Bajet Tile=RM48 + Simen RM15 + Batu Pable RM20.
Walaupun tak macam tukang buat tapi aku puashati.

Sendiri bikin..




Friday, January 8, 2010

Projek Kolam Taman










Ini projek pertama buat kolam depan rumah.

Kolam ilham dan buat sendiri. Siap sebulan. Dah habis RM600.